http://www.slideshare.net/amuthasivalingambba/kepentingan-piagam-madinah-cikgu

Sunday, March 27, 2011

Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara - Kerajaan Maritim

KERAJAAN MARITIM


1) Lokasi
- Di lembah sungai di kawasan persisiran pantai.
- Di kepulauan.
- Contoh :- a) Langkasuka (Sungai Yarang)
                  b) Kataha/Chieh-Cha/Kedah Tua (Sungai Merbok dan
                      Sungai Muda)
                  c) Chih-tu (Sungai Kelantan)
                  d) Srivijaya (Sungai Musi)
                  e) Mo-lo-yu (Sungai Batang Hari)
                  f) Kalah (Sungai Takuapa)
                  g) Fo-lo-an (Sungai Terengganu)
                  h) Peng-keng (Sungai Pekan, Pahang)
                   i) Tiumah (Pulau Tioman)


2) Jenis - Jenis Pelabuhan
- Pelabuhan pembekal
- Pelabuhan kerajaan
- Pelabuhan entrepot
            
a) Pelabuhan Pembekal
- Pada peringkat awal, anggota masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
- Petempatan ini berkembang menjadi perkampungan nelayan.
- Ada antara petempatan ini merupakan kawasan pengeluaran bijih logam seperti emas dan timah.
- Apabila kegiatan ekonomi mereka bawa hasil yang melebihi keperluan masyarakat setempat, maka lebihan ini telah diperdagangkan dalam kalangan petempatan tersebut.
- Dengan itu, ada antara petempatan tersebut yang berkembang dengan peranannya sebagai tempat berdagang.
- Perkembangan seterusnya telah menjadikan kawasan tersebut pelabuhan pembekal.
- Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhan.
- Peranannya adalah untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti timah dan emas serta bekalan makanan kepada perdagang yang singgah untuk mendapatkannya.
- Pelabuhan ini mendapat bekalan hasil tempatan :-
   > Logam
   > Emas dan timah
   > Hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan dan damar
   > Hasil laut
   > Makanan
- Disinggahi oleh para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut.
- Antara pelabuhan pembekal ialah :-
  > Jenderam Hilir (Selangor)
  > Klang (Selangor)
  > Kuala Berang (Kuala Terengganu)
  > Kuala Selinsing (Perak)

b) Pelabuhan Kerajaan
- Daripada pelabuhan pembekal, sesetengah pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaa di situ.
- Contohnya :- a) Champa
                        b) Kedah Tua
                        c) Langkasuka
                        d) Srivijaya
- Pelabuhan yang pada asalnya merupakan pelabuhan pembekal tetapi kemudiannya menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri.
- Pelabuhan kerajaan ini masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang.
- Pada awalnya, pelabuhan ini berdagang dengan kawasan berhampiran dengannya. Contohnya ialah Champa dan Langakasuka.
- kedua-duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi tarikan kepada pedagang yang berdagang dari :-
  a) Pesisir pantai Teluk Siam
  b) Kemboja
  c) Vietnam
  d) China Selatan
  e) India
  f) Barat
- Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang amat strategik.
- Ini adalah kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dan India telah menyumbang kepada perkembangannya menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalankan hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.


c) Pelabuhan Entrepot
- Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempahan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
- Pelabuhan ini juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan kawasan takluknya.
- Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti :-
  a) Logam
  b) Hasil hutan dan laut
  c) Hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya.
- Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing ke pelabuhan kerajaan ini, menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa(Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi(Bumi Emas).
- Dalam catatan Yunani iaitu menurut Ptolemy menyatakan kawasan ini sebagai Golden Khersonese iaitu Semenanjug Emas.
- Bukti-bukti menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah mengetahui bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad masihi lagi.


Ciri-Ciri Kerajaan Maritim

1) Penduduk - Orang tempatan
                                - Orang laut
                                - Pedagang luar


2) Bahasa :-
- Menggunakan lebih daripada satu bahasa.
- Bahasa perhubungan ialah Lingua Franca iaitu Bahasa Melayu.
- Bahasa yang dituturkan secara meluas dan digunakan dalam pelbagai urusan.
- Pada tahap kerajaan awal di Asia Tenggara, Bahasa Melayu dtuturkan dalam urusan perdagangan.
- Bahkan perkembangannya juga dapat dilihat pada beberapa tinggalan arkeologi seperti batu bersurat di Srivijaya pada abad ke-7 hingga 13M. yang menggunakan Bahasa Melayu.
- Penggunaan Bahasa Melayu di Asia Tenggara sebagai bahasa perhubungan telah lama berlaku.
- Keadaan ini kerana pada zaman kerajaan awal, orang Melayu menjadi pelaut, pedagang, dan peneroka terulung di Asia Tenggara.


Faktor Perkembangan Kerajaan Maritim

1) Pelabuhan dan kedudukan yang strategik
- Oleh sebab, orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta kedudukan yang strategik, jadi petempatan mereka muncul sebagai kuasa politik seperti Champa dan Srivijaya.

2) Semangat masyarakat
- Untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar kawasannya.

3) Kemahiran
- Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
- Perahu digunakan untuk perdagangan jarak dekat.
- Kapal layar digunakan untuk perdagangan jarak jauh.

4) Ilmu Pelayaran
- Mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.
- Pada hari ini kita masih dapat melihat warisan tradisi pelayaran masyarakat Asia Tenggara iaitu perahu dan kapal layar yang besar seperti kapal orang Bugis.
- Tinggalan perahu layar abad ke-5 dan zaman-zaman selepasnya dapat kita lihat di Muzium Pekan, Pahang.
- Perahu abad ke-5 dijumpai di Kuala Pontian, Pahang.
- Tinggalan perahu abad ke-18 yang ditemui di Kuala Ketil, Kedah yang kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah.




Kerajaan Srivijaya

1) Kerajaan Maritim yang terulung di Asia Tenggara pada abad ke-7 hingga 13M..
2) Ciri-ciri :-
a) Tentera
- Memiliki bala tentera laut yang besar dan yang dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.
- Fungsi tentera laut itu adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan keselamatan kerajaan.

b) Pelabuhan yang baik dan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka.
- Srivijaya telah menjadi tempat persinggahan kapal yan berdagang dengan India dan China
- Pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah takluknya.

3) Dengan itu, Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara. Menurut catatan I Tsing pada tahun 671M., pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar.



Kerajaan Kedah Tua (Chieh-cha/Kataha)

1) Lokasi - Lembah Bujang
2) Kerangka Masa:-
- Muncul abad ke-5 hingga 13M.
- Kemunculan kerajaan Kedah Tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya.
- Bahkan Srivijaya dan Kedah Tua pernah disebut secara bersamaan dengan nama Shih-li-fo-shi/Kataha.
- Shih-li-fo-shi ialah sebutan untuk Srivijaya berdasarkan sebutan China.
- Kataha atau Chieh-cha ialah sebutan dalam bahasa China juga merujuk pada Kedah Tua.
- Kerajaan ini talh menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke-5M lagi.
- Kerajaan Srivijaya yang muncul pada abad ke-7M turut mempengaruhi peranan Kedah Tua sehingga abad ke-13M.
- Kerajaan Kedah Tua terletak di Sungai Mas dari abad ke-5 hingga abad ke-11M sebelum beralih ke Lembah Sungai Bujang dari abad ke11M hingga 13M.

3)Penduduk
- Pada abad ke-5 hingga ke-10.
- Menganut agama Buddha.
- Selepas abad ke-11M menganut agama Hindu.
- Buktinya ialah tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha. Sebanyak 9 buah telah dibina kembali hasil daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan arca Hindu-Buddha.
- Sebelah utara kerajaan Kedah Tua ialah Kerajaan Kalah di Sungai Takuapa.

4) Pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu dan merupakan pelabuhan entrepot sebelum Melaka.
- Bukti :-
a) Jumpaan tembikar China
    i) Zaman Dinasti Tang (abad ke-7M)
     ii) Zaman Dinasti Song (abad ke-10M)
    iii) Zaman Dinasti Yuan (abad ke-10 hingga ke-13M)

b) Pelita tembaga dan tembikar Timur Tengah pada abad ke-9 hingga ke-10M.

c) Manik
- Pelbagai jenis manik yang merupakan barang dagangan dari beberapa tempat seperti India, Sri Lanka dan Burma.
- Jumpaan bahan dagang itu jelas menunjukkan bahawa Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan entrepot.

5) Faktor perkembangan pelabuhan Kedah Tua
a) Gunung Jerai
- Menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api.

b) Kedudukan yang strategik
- Di laluan Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.

c) Kemudahan - menyimpan barang dagangan.
d) Kekayaan hasil hutan
- Damar
- Rotan
- Sumber bumi seperti timah

e) Barang dagangan yang diperoleh dari luar seperti :-
- Kain kapas
- Sutera
- Teh
- Tembikar
- Kaca
- Manik




Kedua-dua Kerajaan Saling Bergantung

1) Agraria - Maritim
a) Tenaga kerja
- Kerajaan agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi.

b) Bekalan sumber makanan
- Mempunyai sistem pertanian yang baik hingga telah dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras dan membekalkannya kepada kerajaan maritim yang lain.
- Beras dagangan utama antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria.

c) Bahan mentah
- Membekalkan bahan kayu yang baik untuk membuat kapal dari Kerajaan Pegu di Burma.
- Membekalkan binatang untuk kenderaan seperti gajah yang diperolehi dari Burma dan Siam.

d) Tukang kayu dan tukang batu yang baik
- Keperluan kerajaan maritim untuk mendapatkan tukang itu telah dapat dipenuhi oleh kerajaan agraria.


2) Maritim - Agraria
a) Barangan mewah
- Dari negara luar iaitu China dan India
- Dijadikan sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria.
- Contoh :-
   i) Tembikar asing khususnya tembikar China
  ii) Tekstil dari India dan China
 iii) Pelbagai jenis gelas dan manik



No comments:

Post a Comment