http://www.scribd.com/doc/59796816/Perkembangan-Perusahaan-Perlombongan
Antara galian yang dimajukan oleh British adalah:
3) Arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor.
5) Bijih besi dilombong di Bukit Besi(Terengganu), Rompin(Pahang), Kedah, Perak dan Johor.
•1931 – Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa - Melibatkan negara Tanah Melayu, Bolivia,
Nigeria dan Indonesia, mengurangkan pengeluaran bijih timah masing-masing.
•1934 – Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan - Mengurangkan dan menyelaraskan
pengeluaran bijih timah. Perjanjian ini telah dapat menstabilkan semula harga bijih timah.
Antara galian yang dimajukan oleh British adalah:
1) Bijit timah
2) Emas dilombong di Raub, Pahang.
![]() |
| Emas |
![]() |
Emas
|
![]() |
| Arang batu |
| Lombong arang batu |
4) Bauksit dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di Melaka.
![]() |
| Bauksit -digunakan untuk membuat aluminium |
![]() |
| Aluminium |
Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada KualaTerengganu. Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.
Perkembangan Perlombongan Bijih Timah
• Sebelum campur tangan British, bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan mendulang & melampan. ( Contohnya, pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong) dan Raja Abdullah (Kelang) pada1840).
![]() |
| Kota Ngah Ibrahim |
Mendulang - biasanya dilakukan oleh orang perempuan sambil berdiri di dalam anak sungai dengan memegang sejenis dulang yang diperbuat daripada kayu jelutung. Mereka mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dan membasuhnya dengan air yang mengalir sehingga bijih timah sahaja tertinggal dalam dulang.
![]() |
| Melampan |
- Melampan - pekerja akan memasukkan longgokan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam air semula jadi atau palung yang dibuat daripada kayu. Penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah mengikut aliran air. Tanah akan hanyut dan meninggalkan bijih timah yang lebih berat.
• 1820-an, penglibatan orang Cina dalam perlombongan bijih timah, dibawa masuk oleh pembesar Melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Orang Cina dan Eropah kemudiannya dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu.
• Lombong-lombong bijih timah yang baru telah dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta, Perak. Orang Cina memperkenalkan kaedah yang lebih baik - sistem lombong dedah, pam kelikir, palung. Sehingga akhir kurun ke-19, Orang Cina menguasai perlombongan bijih timah.
![]() |
| Lombong dedah di Taiping |
- Lombong dedah memerlukan ramai buruh Cina untuk mengangkut bijih timah.
- Pam digunakan untuk memancutkan air yang kuat bagi memecah tanah yang mengandungi bijih timah. Lumpur dipam naik ke palung untuk mendapatkan bijih timah.
![]() |
| Pam kelikir |
• Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah, permintaan terhadap bijih timah meningkat untuk mengetin makanan. Ia telah menyebabkan perusahaan bijih timah berkembang maju. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu – pengeluar bijih timah terbesar dunia (55 %).
• Awal kurun ke-20, syarikat Eropah memperkenalkan kaedah lebih moden untuk hasilkan banyak bijih timah iaitu kaedah kapal korek.1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah.
![]() |
| Kapal korek - buat pertama kalinya digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dregding di Batu Gajah, Perak pada tahun 1912 dan pada tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu. |
Faktor Perkembangan Perusahaan Bijih Timah
- Keperluan Revolusi Perindustrian Mengetin makanan
- Tenaga buruh Cina
- Modal dari syarikat Eropah
- Penggunaan kapal korek oleh syarikat Eropah
- Sistem Perhubungan landasan kereta api & jalan raya dibina,mudahkan bijih timah
dieksport
- Pada tahun 1930-an, harga bijih timah jatuh akibat berlakunya kemelesetan ekonomi dunia.
•1931 – Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa - Melibatkan negara Tanah Melayu, Bolivia,
Nigeria dan Indonesia, mengurangkan pengeluaran bijih timah masing-masing.
•1934 – Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan - Mengurangkan dan menyelaraskan
pengeluaran bijih timah. Perjanjian ini telah dapat menstabilkan semula harga bijih timah.



















No comments:
Post a Comment